HOP : Open House bersama Penang FZ150i Community

Ucapan terima kasih buat Dasuki Shahrin , Irmanz Fz dan lain lain lagi menjemput pak cik ke rumah terbuka . Dan amat mendukacitakan bahawa tuan rumah (Shogun FZ ) yang buat rumah terbuka tu kawan pacik kt sekolah SMTBP ( sekarang SMVBP ) .. hehehe. Dekat bawah ni ada sedikit perjalanan kami . Berbekal dengan 135lc pekak pacik pun sampai di tempat berkumpul .pacik nak promote utk rider rider fzi boleh la join depa nanti noh..banyak benda ampa boleh belajar kat otai otai injection nie..hehee.. HOP ni dah lama dah .. cuma takdak masa pacik nak update blog tu baru buat je nie.. hehehe

Tempat Pengumpulan Fzian ( caltex tepi esso penang ).. hehehe 
Antara yang hadir ..



Dasuki Dengan Fzian dia.. 


 abg irman ^_^

Anuar Fz
Selepas semua dah sampai , kami roundaisland dulu baru kami pegi open house.. Sesi meleper dan melilau melalui padang kota , gurney , tanjung tokong , batu feringgi , dan teluk bahang . Perjalanan terpaksa dihentikan sebabkan hujan turun . Rider Fzi Biru ( tuan rumah ) hampir terbabas(drift) akibat masalah brek dan tayar . Nasib kawan tu tak berselerak , kalu tak abis moto baru kawan tu..hehehehehe.. Kami pun singgah kedai (nasi kandar khaleel ) kena teh tarik apa patut dulu menunggu hujan ..



Perjalanan di teruskan ke Empangan Teluk Bahang , ada sikit sebanyak gambar kenang kenangan kat empangan ni.. Wah bukan makin sakan sorang sorang posing maut... ada yang macam rossi , adik rossi , farid kamil pun ada .. Semua jambu jambu belaka, tapi yg pacik tau ada sorang ja jambu .. hehehe ! 



 Ada gaya mutu keunggulan ! heh .. heheehe



 

 
 
 
 



antara antara rider rider jambu !  :P


pas dah settle tangkap sana sini..teruskan perjalanan . sampai saja di rumah terbuka di kedarah abis sampai hilang menjilat jari . selesai mentalatah, kami pun beralah minta pulang... Selesai sudah hop kali ini . tujuan pacik post ni nak cerita sedikit sebanyak perjalanan Penang FZ150i Community .. 
hampa hampa ada moto fz 150 boleh lah join group fz kt link atas nie.. hampa hampa yang nak merasai konvoi dengan fz try la join..syiok weh ! hehehehe . wokeyh takat sini pacik mereban merepek..apa apa
korang nak tanya bolehlah comment kat bwah tu taw! sekian !


Habuan Peragut

JOHOR BAHRU: “Menyedari tindakan peragut saya memecut motosikal mengejarnya sebelum menendang motosikal lelaki itu dari belakang menyebabkan kami berdua jatuh ke jalan raya.
“Akibatnya, peragut terbabit gagal bergerak kerana dihempap motosikalnya lalu saya mencapai beg tangan dan lari ke restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan,” kata mangsa ragut, Cindy Tan, 52, di Jalan Maju, Taman Pelangi, semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Cindy menunggang motosikal Yamaha Ego berseorangan dalam perjalanan ke sebuah premis percetakan kad nama di lokasi berkenaan apabila menyedari diekori seorang lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Menurut Cindy, setiba di lokasi kejadian lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri dan meragut beg tangannya yang diletak di dalam raga motosikal sebelum cuba melarikan diri.

“Saya tidak rela membiarkan wang diperoleh hasil kerja keras dirampas begitu saja oleh peragut dan kerana itu saya memberanikan diri melawan,” katanya yang bertugas sebagai jurujual barangan perubatan di sebuah syarikat swasta di Singapura.

Orang ramai yang melihat kejadian serta pelanggan restoran segera keluar dan menahan pemuda itu sebelum diserahkan kepada polis.


Bagaimanapun, sebelum itu, orang ramai yang berang dengan peragut terbabit bukan setakat mengikatnya malah turut ditumbuk serta ditendang hingga berdarah, Polis yang tiba tidak lama kemudian menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.

Menurut Cindy, ia adalah pengalaman ragut kedua berlaku terhadapnya dengan kali pertama pada 2005 di Taman Megah Ria.

“Pengalaman pernah diragut ketika menunggang motosikal enam tahun lalu menyebabkan saya nekad mengejar peragut terbabit,” katanya.

Ulasan pacik = sepandai pandai tupai melompat lompat , akhirnya jatuh ke tanah jua .. Banyak lagi kerja halal boleh buat kawan oi .. =.="

dipetik dan diambil dari mymetro online


Upacara Konvokesyen USM kali ke - 44


Tahniah lagi sekali pacik ucapkan kepada graduan graduan di atas kejayaan hampa menamatkan pengajian . Berbaloi hampa hampa semua tunggu 4 hingga 5 tahun nak menggulung satu sijil .

Ilmu kat mana mana boleh dicari tapi semua ini mesti atas kehendak kita masing-masing.betul dak ? Tak kira kat mana pun , tapi niat tu penting . Insyallah kehendakNya dan usaha pasti kita semua berjaya dalam hidup dan akhirat .

Pakcik pun kena usaha juga ni , tengok orang berjaya bila kita nak berjaya lagi macam depa - depa kan . Yang pasti , nak kena perabih buang diploma baru nak capai cita cita pacik yg telus ini . Konvokesyen ini membuat pacik semangat nak update blog dengan semangat nak buat laporan harian yang baru sebulan ja buat . hehehee . semangat semangat ! chaiyok semua =)

Lastly , pujian tahniah dan syabas untuk staff staf PPPJJ tak kira dari bawah ataupun pegawai yang bertungkus lumus di sebalik tabir , tanpa depa depa ni lah graduan tak mungkin boleh dpt menggulung sijil . ampa tau keja depa ni penat . orang bawah yang bertungkus lumus pegawai juga dapat nama kan . Orang bawahan ini penat-penat masuk kerja pagi sampai malam tapi pegawai jugak dapat nama , depa juga naik gaji yang bawahan dapat apa ? Dah lumrah , bagaikan kacang lupakan kulit dan lembu punya susu tapi sapi dapat nama . Peace ! =)